Wednesday, February 16, 2011

TRIP TO CHINA - Part 1: Hong Kong

Assalamualaikum & Greetings my Brothers and Sister...
Bingkisan kali ini aku nak menulis dalam bahasa melayu pulak...tangan dah tergeliat sikit nak menulis perkataan dalam bahasa inggeris dan otak pun macam dah beku saja nak cari ayat-ayat dan vocab inggeris yang sesuai...hehehe!!!

Pertengahan bulan Januari lalu aku dan keluarga telah bercuti ke Benua China...kami ke Beijing dan Hong Kong..Selalunya percutian kami ni bersama sanak saudara atau kami berenam sahaja tapi menariknya kali ini I dah ada aidk ipar UU..!!! heeheheh...dan dah jadi tujuh orang bukan lagi enam...hehehe...Mizan adik iparku pula telah membawa sekali ibu ayah dan adik-adik dia ikut kami, jadi percutian kali ni memang sebuah percutian keluarga yang besar (biras ada...besan ada...menantu ada...ipar pun ada..!!!)

Perancangan asal nak ke Beijing sahaja..tetapi ntah macamana pada saat-saat akhir Ijan (adik no.3) mencadangkan kita pergi Hong Kong sama. Kenapa Hong Kong, kalau pi Beijing saja tak boleh ka? TAK BOLEH..!!! sebab teringin nak pi Disneyland dan dah alang-alang nak pi China kata Ijan dan lagipun dia dengan ayen (adik no.2) saja yang tak pernah masuk Disneyland..!!!

Ok..kalau macam tu kita tukar destinasi, kita ke Hong Kong saja macamana? Tak boleh jugak!!!..sebab dekat Hong Kong tadak snow dan tak berapa sejuk sangat..!!! hehehee...ni alasan semua orang termasuk ketua rombongan sekali..Okla kira boleh terima la alasan tu walaupun rasa macam tak berapa lojik...hehehehe... Itulah antara debat-debat kami adik beradik (termasuk iparku sekali...hehehe) ketika nak memilih destinasi...

Berapa hari nak pi holiday ni? As usual la seminggu tapi tak mau ambik cuti lama-lama.. tu la alasan adik-adik aku...kalau boleh tak mau ambik cuti langsung tapi boleh pi jalan lama-lama..!!! setelah tukar tarikh berkali-kali..kami sepakat pergi pada 19/1/2011 kerana kebetulan 21/1/2011 Wesak Day dan 22 & 23 Jan 2011 dah jatuh weekend, jadi semua orang hanya ambil cuti 2 hari sahaja..!!!

Nak pi naik apa? Air Asia..MAS..Chathay Pasific..China Airline?....Ada tak makanan halal tempat kita nak pi nih?...apa bekalan nak kena bawak?...Kena buat visa tak?...Nak tidur hotel ka? rumah tumpangan ka?....tansport dekat sana pula macamana?...Payment nak buat bila? Ini adalah antara soalan-soalan yang timbul masa menguruskan sebuah percutian...apa kita perlu buat untuk menjawab soalan-soalan tersebut, kita kenalah :
1) tahu anggaran bajet yang mampu dibelanjakan,
2) buat perbandingan harga antara setiap kemudahan yang diperlukan, contoh harga kapal terbang, kena bandingkan dengan beberapa syarikat penerbangan supaya selaras dengan bajet kita.
3) tahu bilangan ahli rombongan - kanak-kanak berapa, dewasa berapa & warga emas berapa,
4) ambil tahu keadaan fizikal ahli rombongan - contoh : boleh berjalan jauh tak
5) kajian tentang tempat yang hendak dilawati - sesuai tak untuk semua peringkat umur,
6) dapatkan pendapat orang yang pernah ke sana.

dan akhir sekali barulah buat perancangan. Alhamdullillah semua ini diuruskan oleh JD Travel & Tours (JDTT) dengan jayanya...ehehehe..!!! Sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat JDTT bolehlah e-mailkan ke danizahchedin@rocketmail.com.

Destinasi pertama kami adalah Hong Kong, pergi naik MAS...bertolak dari KLIA lewat petang dan tiba di sana dah hampir tengah malam, nasib baik dah ada yang menunggu untuk menghantar kami ke hotel. Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam. Di sebabkan waktu Hong Kong dan Malaysia adalah sama jadi kami tak kena 'jetlag' tapi buat-buat 'jetlag' tu adalah..hehehehe.












Terdapat 2 lapangan terbang antarabangsa di Hong Kong iaitu satu terletak di Lantau Island dan satu lagi terletak di Macau. Hong Kong terdiri daripada 2 buah pulau yang besar dan tanah besar. Pulau-pulau tersebut dikenali sebagai Hong Kong Island dan Lantau Island. Kedudukan Hong Kong ni lebih kurang macam Pulau Pinang, ada tanah besar dan pulau. Oleh itu jangan tertipu sebab jika kita sebut Hong Kong sahaja sebenarnya ia merujuk kepada tanah besar iaitu daerah New Teritory dan Kowloon. Jadi jika kita hendak ke kepulauan Hong Kong, hendaklah sebut dengan jelas iaitu Hong Kong Island ataupun central.

Kami menginap di Harbour Plaza Resort City di New Teritory. Setiap bilik hotel ini selain dari dilengkapi keperluan asas, juga disediakan dapur elektrik. Perjalanan ke hotel dari Lantau Island lebih kurang 45 minit menaiki coach yang ditempah. Cuaca pada malam tersebut taklah sejuk sangat lebih kurang dalam 17c sahaja.







Memandangkan hotel yang kami menginap itu berhadapan dengan station mtr (light rail), jadi kami memutuskan untuk menggunakan pengangkutan awam iaitu mtr sahaja sebagai 'transport' kami selama di Hong Kong. Menariknya mengenai mtr ini, ialah ada yang kena bayar dan ada pula yang percuma. Light rail misalnya penumpang tidak perlu bayar. Ada banyak mtr line dekat sana dan perjalanan pun cepat. Cuma tak tahan tu banyak kena berdiri dari duduk. Paling aku tension sekali, orang Hong Kong ni sombong dan tak 'freindly' langsung. Tengok warga emas dok berdiri pun, diorang buat dek aje..!!!





Destinasi kami yang pertama pada pagi tu adalah ke THE PEAK di Hong Kong Island. Anda boleh beli kad mtr untuk tourist yang berharga lebih kurang RM22 dan boleh pakai pass tersebut selama sehari. Sekiranya anda bercadang untuk tinggal lama di Hong Kong, lebih mudah jika membeli Octopus Card. Fungsi kad Octopus ini adalah lebih kurang macam Touch N Go kita, cuma menarik kad ini bukan sahaja boleh digunakan di mtr tetapi boleh juga digunakan di tempat-tempat lain seperti restoran. Anda perlu membayar deposit lebih kurang sebanyak RM20 (wang ini akan dikembalikan selepas kad ini dikembalikan semula).



The Peak merupakan tempat pelancongan yang paling aktratif di kalangan pelancong-pelancong tempatan dan juga luar negara. Ia terletak lebih kurang 552 meter di atas paras laut dan juga merupakan tempat ataupun bukit yang paling tinggi di Hong Kong. Terdapat 3 kaedah untuk ke sana iaitu samada dengan menaiki bas, teksi ataupun tram. Kami memilih untuk menaiki bas sahaja kerana berhampiran dengan station mtr. Menaiki bas double decker dengan melalui kawasan curam di lereng-lereng bukit sangat merupakan satu pengalaman yang mengerikan..!!! Tobat lepas ni tak mau lagi naik bas tu lalu kawasan bukit bukau...hehehehe...!!!





Apa yang menariknya di The Peak? Salah satu tarikan pelancong ke situ adalah keretapi tertua atau dikenali sebagai tram yang digunakan untuk memanjat bukit tersebut. Ala-ala macam keretapi Bukit Bendera...TETAPI yang ini lebih mengerikan lagi sebab terlalu curam dan pergerakannya pula agak laju macam brek rosak..!!!







Selain itu, di The Peak juga anda dapat melihat permandangan seluruh pulau Hong Kong dari atas. Anda juga boleh membeli belah kerana terdapat banyak kedai yang menjual cenderahti dan juga pakaian-pakaian terutamanya pakaian berbentuk jaket dan baju sejuk. Kami sempat melawat gift shop Hardrock Cafe Hong Kong (ini wajib pergi..!!!) dan Madame Tussou.





Kami turun ke bawah menggunakan tram dan dari station tram, kami berjalan kaki ke stesen Central untuk menaiki mtr ke Disneyland. Kawasan pejalan kaki boleh diibaratkan seperti sebuah taman kerana landskap sekitarnya sangat menarik dan agak jauh dari jalanraya. Kiri dan kanan tersergam indah butik-butik berjenama.



Mtr khas ke Disneyland sangat cantik dan menawan. Kami jadi terpegun, nasib penumpang tak berapa ramai, jadi kelakuan masing-masing yang agak jakun sikit tak la nampak ketara...hehehehe..!!!





Disneyland Hong Kong merupakan taman tema yang kelima dibina di Hong Kong dan tahun ini genap usia lima tahun penubuhan taman tema ini. Disneyland ini dibuka kepada orang ramai pada September 2005. Terdapat 4 taman tarikan di situ iaitu Mainstreet USA land, Tommorrowland, Adventurland dan Fantasyland. Kemeriahan taman tersebut diserikan lagi dengan parade. Pengunjung-pengunjung juga boleh membeli belah di kedai-kedai yang terdapat disitu. Kami menghabiskan masa sebelah petang disitu sehinggalah ia ditutup pada pukul 7.00pm.

















Destinasi seterusnya adalah cari makan...dah tak tahan makan roti saja..!!! Suasana malam di Hong Kong ketika itu sangat sejuk, suhu lebih kurang 13c. Kami menaiki mtr terus ke stesen Tsim Sha Shui yang terletak di daerah Kowloon. Di situ kami menjamu selera di sebuah restoran muslim pakistan. Sedap makan nasi beriani di situ. Masa nak balik tuanpunya restoran membungkus nasi kepada kami untuk dibawa pulang makan dalam hotel. Dia takut kami kelaparan...katanya selalu orang Malaysia yang datang restoran, mesti berkongsi sepinggan nasi, tetapi kami semua pesan sorang sepinggan..dah tu licin pulak tuh..hehehehe macam tak makan seminggu ...!!! lawak sungguh. Terdapat lebih kurang 22 restoran muslim dan halal di sekitar bandar Hong Kong, jadi makanan memang tidak ada masalah yang menjadi masalahnya bagaimanakah hendak mencari restoran tersebut..!!!

Lepas makan, kami balik hotel..mandi manda...dan tidur kerana esok pagi nak check-out pukul 4.30am...flight kami ke Beijing pukul 7.55am. Waduh penatnya..!!!

Pengalaman dan pengajaran di Hong Kong - komuniti mereka tidak ramah dan kasar, jadi kena banyak bersabar apabila memerlukan pertolongan mereka, perlu bersedia dari segi mental dan fizikal...kena banyak membaca tentang tempat yang hendak dilawati supaya lawatan kita menjadi lebih menarik dan dihargai..!!!

Semoga berjumpa lagi di episod 2- Beijing..!!! ALLAH IS GREAT..!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...