Friday, August 5, 2011

HIDAYAH BULAN PUASA

Assalamualaikum my brothers and sisters, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan Mohon Ampun dan Maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan selama ini...!!!

Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun dan kita patut bersyukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut dan menghayati Ramadhan kali ini.  Peluang yang kesekian kali ini patutnya kita gunakan dengan lebih bermakna dan cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik sebab kita tak tahu samada kita sempat atau tidak untuk menyambut Ramadhan akan datang. 

Sebenarnya Allah dah bagi hidayah  dekat kita supaya kita beramal soleh dan meninggalkan kemungkaran tetapi kenapa kita masih lagi leka...leka dengan duniawi.  Kita sebenarnya sedar akan hal ini tapi kenapa yer hati dan minda jadi keras seolah-olah tak mahu menerima atau seolah-olah menidakkan petunjuk itu... Mulut sentiasa kata takut dan insaf tetapi tangan masih lagi melakukan perbuatan-perbuatan mungkar, kaki masih lagi melangkah ke tempat-tempat maksiat manakala mulut yang sentiasa berkata insaf masih lagi mengeluarkan kata-kata kesat, mengeji dan mengumpat.  Jadi sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama ingat-mengingati dan kembali ke jalanNya menjadi muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah...

there are 3 true stories that I wanted to share supaya ia menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita.

Cerita 1
Masih ingat lagi tak tentang kematian seorang saudara kita yang ingin menukar nama lelaki kepada nama perempuan.  Tujuan diungkit cerita ni bukan nak mengaibkan si arwah tu tetapi sekadar nak jadikan pedoman dan pengajaran bahawa kita tak tahu bila kita nak mati...bayangkan hari ni kita tengah seronok-seronok sampai lupa diri seketika tiba-tiba esoknya kita MATI..!! Aduh...!!! Menangis dan meraung roh kita macamana sekalipun memohon keampunan dan minta kembali ke dunia agar kita dapat bertaubat...jawapanNya...NO WAY...!!! JUMPA DI HARI PENENTUAN..!!! Uwaaa...!!!  Moral of the stori, sebelum kita nak buat apa-apa sentiasa ingat pada YANG SATU.. supaya kita terpelihara...!!!

Cerita 2
Ni cerita drama pagi dekat Astro Oasis tajuk Bisikan Syaitan...saja nak berkongsi tau ramai you all tak sempat tengok sebab kerja hehehee...!!! Kisah 2 beradik lelaki yang tinggal serumah. Si abang baik dan alim manakala adik dia perangai macam hantu iblis semua ada, maksudnya semua jenis maksiat yang adik dia pernah buat.  Si abang sentiasa dok nasihat si adik nih supaya insaf tapi si adik buat dek jer...Si adik ni dok berkawan baik dgn anak jiran sebelah...dia sayang sangat dekat budak nih selalu belikan jajan dekat budak nih dan budak ni pulak setiap kali si adik tu mai rumah sentiasa tanya uncle dah solat ke, dah ngaji ke dan lain-lain bab agama...Lama kelamaan dengan sendirinya si adik tadi tersedar betapa selama ini diri dia penuh dengan dosa dan noda dan dia dengan sendiri insaf dan mula bertaubat...

Berbeza pulak dengan si abang yang baik dan alim ini. Dalam fikiran dia sentiasa terfikir ingin melakukan perbuatan terkutuk tetapi dia masih boleh mengawal diri.  Di sebabkan keinginan tu dah ada maka syaitan pun sentiasa memujuk dan cucuk jarum dan akhirnya si abang ini tewas dengan pujukan syaitan dan terus bergelumang dengan dosa dan noda.  Mula-mula hanya suka-suka tetapi akhirnya jadi sebati sehingga sanggup membawa balik perempuan ke rumahnya dan akhirnya si abang itu meninggal bersama perempuan tersebut dalam keadaan melakukan maksiat di sebabkan rumah mereka itu terbakar dan tidak ada seorang pun yang boleh membuka pintu bilik tidur si abang tersebut.  Kesiankan...!!! moral of the stori kalau kita ada niat tak elok cepat-cepatlah beristifar dan jangan dilayan fikiran tersebut kerana makin dilayan akan parah jadinya dan jika mencari kawan...carilah kawan yang baik yang boleh sama-sama ingat mengingati agar kita sentiasa berada di landasan sebenar...!!! 

Cerita 3
This story is about someone I knew for quite a long time.  As far as I knew him, he never perform any solat either sunat or fardhu except for friday prayer itupun bila dah rasa lebih dua kali tak pergi. Just imagine he never solat for more the ten years I think. The first nite of terawih he did went for terawih.  At first we thought he was joking because he likes to joke about this things...!!! We thought what he meant by terawih was cinema or his clubbing club tapi mengejutkan bila dia sampaikan balik tazkirah yang disampaikan di masjid pada malam tu...!!! WOW...!!! nampak sangat dia memang pi terawih dan bukan buat lawak...Ini satu pembaharuan yang sangat mengembirakan.... Second time surprise masa bukak puasa semalam, he asked the restaurant manager whether there is a prayer room or not it the restaurant, when the manager told him no prayer room he cancel the reservation and find another place...!! OMG...!!! Alhamdullillah..!!! Cahaya Illahi...!!! We asked him about his sudden changed...Keadaan sekeliling yang menyedarkan dirinya...tambah-tambah bila one of his good friends kena stroke dan still comma sampai sekarang tu yang menyebabkan dia insaf... takut mati tak sempat nak taubat..!!! ALHAMDULLILLAH... MASYAALLAH...!!! Moral if the stori kena peka dengan keadaan sekeliling sebab persekitaran akan membuatkan kita sentiasa beringat akan YANG MAHA ESA...!!!

Kali ni post panjang sikit saja lepas gian sebab dah lama tak menulis...harap semua enjoy membaca dan mendapat manfaat dari cerita yang disampaikan....SELAMAT BERPUASA....!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...